Selain The Shorea yang terletak di Seremban, orang Selatan Malaysia juga
mungkin boleh mencuba untuk bercuti di The Dusun yang terletak di
Mantin. Apapun OhMedia merasakan tidak sesuai pengunjung beragama Islam
untuk bermalam di sini memandangkan pemilik The Dusun bukan beragama
Islam dan ada membela seekor Anjing di resort ini. Anda boleh lihat
Anjing tersebut yang bernama "MAYA" di Facebook mereka.
Wednesday, 9 March 2016
Limastiga, Umbai, Melaka
By Unknown at 13:45
Untuk yang inginkan suasana kampung yang moden, dilengkapi dengan kolam renang? Datanglah ke Limastiga. Hanya 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur sahaja. Di sini, hanya pengunjung beragama Islam sahaja dibenarkan untuk menginap. Ini bagi menjaga kesucian tempat ini daripada haiwan dan minuman terlarang. Syabas!
The Shorea, Seremban, Negeri Sembilan
By Unknown at 13:43
Sebut sahaja Negeri Sembilan, apa yang ada dalam fikiran sesiapa sahaja
tentang tempat bercuti di sana tentulah Port Dickson dan Ulu Bendul
sahaja. Namun tak ramai tahu di Seremban mempunyai sebuah tempat yang
sangat menarik untuk bercuti di namakan The Shorea ini. Terdapat
beberapa jenis villa penginapan yang boleh dipilih.
Sekeping Serendah, Selangor
By Unknown at 13:35
Apa yang akan kami senaraikan ini bukanlah tempat cuti biasa-biasa
tapi lebih kepada tempat percutian yang sangat unik dan lain dari lain
untuk dicuba. Memandangkan sekarang pun Ringgit Malaysia tengah jatuh
dan sedikit-sebanyak memusnahkan harapan ramai orang untuk bercuti ke
luar negara, jangan risau kerana kami akan kongsikan 10 tempat menarik
dan unik di Malaysia yang boleh korang pilih.
Tak perlu nak ke luar negara, di Malaysia pun ada!
Tak perlu nak ke luar negara, di Malaysia pun ada!
Sekeping Serendah, Selangor
Mungkin ramai yang sejak lahir sampailah hari ini membesar dan hidup di
dalam ibu kota penuh sibuk tak pernah henti. Apakata cuba bercuti di
Sekeping Serendah ini. Bagaikan satu kediaman mewah di dalam hutan!
Sambil mendengar bunyi unggas dan serangga hutan, sungguh mendamaikan.
Bila malam tidur pun dalam kelambu. Wow, romantik! Hehe!