Wednesday, 9 March 2016

The Dusun, Mantin, Negeri Sembilan

Selain The Shorea yang terletak di Seremban, orang Selatan Malaysia juga mungkin boleh mencuba untuk bercuti di The Dusun yang terletak di Mantin. Apapun OhMedia merasakan tidak sesuai pengunjung beragama Islam untuk bermalam di sini memandangkan pemilik The Dusun bukan beragama Islam dan ada membela seekor Anjing di resort ini. Anda boleh lihat Anjing tersebut yang bernama "MAYA" di Facebook mereka.



Limastiga, Umbai, Melaka


Untuk yang inginkan suasana kampung yang moden, dilengkapi dengan kolam renang? Datanglah ke Limastiga. Hanya 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur sahaja. Di sini, hanya pengunjung beragama Islam sahaja dibenarkan untuk menginap. Ini bagi menjaga kesucian tempat ini daripada haiwan dan minuman terlarang. Syabas!



The Shorea, Seremban, Negeri Sembilan





 Sebut sahaja Negeri Sembilan, apa yang ada dalam fikiran sesiapa sahaja tentang tempat bercuti di sana tentulah Port Dickson dan Ulu Bendul sahaja. Namun tak ramai tahu di Seremban mempunyai sebuah tempat yang sangat menarik untuk bercuti di namakan The Shorea ini. Terdapat beberapa jenis villa penginapan yang boleh dipilih.





Sekeping Serendah, Selangor

Apa yang akan kami senaraikan ini bukanlah tempat cuti biasa-biasa tapi lebih kepada tempat percutian yang sangat unik dan lain dari lain untuk dicuba. Memandangkan sekarang pun Ringgit Malaysia tengah jatuh dan sedikit-sebanyak memusnahkan harapan ramai orang untuk bercuti ke luar negara, jangan risau kerana kami akan kongsikan 10 tempat menarik dan unik di Malaysia yang boleh korang pilih.

Tak perlu nak ke luar negara, di Malaysia pun ada!




Sekeping Serendah, Selangor



 Mungkin ramai yang sejak lahir sampailah hari ini membesar dan hidup di dalam ibu kota penuh sibuk tak pernah henti. Apakata cuba bercuti di Sekeping Serendah ini. Bagaikan satu kediaman mewah di dalam hutan! Sambil mendengar bunyi unggas dan serangga hutan, sungguh mendamaikan. Bila malam tidur pun dalam kelambu. Wow, romantik! Hehe!